GERAKAN BELIA 4B JIBOI
SEGMEN BERITA

Home
PENGENALAN
ORGANISASI
KOMEN
AKTIVITI
KENALI PEMIMPIN
KELAB MAYA
SEGMEN BERITA
LINKS

Segmen ini memaparkan berita yang sentisa menjadi topik semasa.

MERITOKRASI

1.0            Definisi dan Tafsiran.

Formula mudah Meritokrasi ialah:          IQ + Keupayaan = MERITOKRASI

Konsep Meritokrasi berasaskan idea liberal terhadap keadilan dalam masyarakat sesebuah negara. Ia bermaksud status sosial boleh dimiliki melalui pencapaian akademik dan bukannya melalui kriteria askripsi (ascription @ regard as belonging). Pencapaian boleh diperolehi oleh setiap individu berdasarkan keupayaan dan kebolehan semula jadi sedia ada. Terdapat dua jenis meritokrasi yang utama iaitu moderated meritocracy dan unrestricted meritocracy.

Tafsiran-tafsiran lain:

a.      Sistem yang menggalakkan individu yang berkebolehan dipilih dan dibantu berdasarkan pencapaian yang dimiliki oleh mereka.

b.     Pemilihan kepemimpinan berdasarkan kriteria intelektual.

c.      Satu sistem sosial di mana individu manusia dipilih berdasarkan kebolehan, intelektual dan amalan dan BUKANNYA prinsip kekayaan, penampilan, latar belakang keluarga atau status sosio-ekonomi mereka.

d.     Secara idealnya meritokrasi boleh juga dilihat melalui:

i.        Syarikat yang berjaya dipilih untuk tawaran tertentu adalah berasaskan pencapaian dan kemajuan perniagaannya.

ii.      Kanak-kanak pintar akan pergi ke sekolah yang terbaik.

iii.    Hak bersuara dan individu akan lebih tinggi dan bebas.

2.0            Sejarah.

Dalam buku Shang Shu telah menunjukkan negara China tua telah pun mengamalkan dasar meritokrasi dalam pemilihan pemimpin dan pegawai kerajaan. Pegawai dipilih sebagai pemimpin berdasarkan elemen-lemen keupayaan dan kemahiran yang dimiliki melebihi rakan-rakannya.

Begitu juga di Amerika, selepas Perang Dunia Pertama pada awal 1900-an, telah menggunakan dasar meritokrasi dalam sistem pendidikan, ekonomi dan sosialnya pada waktu itu untuk menyegerakan pembangunan negaranya sebagai negara kuasa besar selepas kemuraman Eropah. Kini Amerika telah pun menjadi negara kuasa besar yang berkuasa dari sudut ekonomi, politik dan sosial dunia.

3.0            Contoh Meritokrasi.

Meritokrasi telah pun diterima dan diamalkan oleh kebanyakan manusia sama ada secara sedar atau pun tidak dalam kehidupan seharian mereka. Antara contoh mudah ialah:

3.1            Pemberian hadiah kejayaan pelajaran tahunan oleh sekolah kepada murid yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga.

3.2            Pujian yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak yang berjaya dalam akademik atau pun yang berperangai baik dalam keluarga.

3.3            Pemberian hadiah pingat emas, perak dan gangsa kepada pemenang aktiviti sukan sama ada tempatan, negeri mahu pun antarabangsa.

3.4            Pemilihan barangan atau perkhidmatan yang berkualiti baik dan tinggi di kalangan pengguna daripada sejumlah syarikat yang memberi penawaran.

3.5            Kenaikan pangkat atau gaji di kalangan penjawat awam atau swasta berasaskan keupayaan dan pencapaian prestasi kerja.

3.6            Sistem penggredan peperiksaan sama ada di peringkat dalaman atau awam sesebuah institusi pendidikan seperti PMR, SPM dsb.

3.7            Pemilihan imam sembahyang biasanya mempunyai kualiti bacaan ayat Quran yang baik, status berkahwin, matang dan diputuskan oleh makmum. Pemilihan ini juga mengamalkan pencapaian, kebolehan dan prestasi anak jemaah sedia ada.

3.8            Pemilihan suami atau isteri juga telah pun digariskan oleh Islam perlu mempunyai beberapa kualiti atau prestasi tertentu seperti perlulah seorang yang saleh, beriman, kekayaan dan keturunan yang baik. Garis panduan ini turut juga boleh dikatakan sebagai berunsurkan meritokrasi.

4.0            Kebaikan.

4.1            Berkompetitif.

4.2            Berproduktiviti.

4.3            Berkualiti.

4.4            Integrasi sefahaman (mutual) dan vertikal.

4.5            Meminimakan jurang pengkelasan.

4.6            Membuka peluang kepada individu yang berkebolehan daripada kalangan rakyat bawahan dan miskin.

4.7            Memperkenalkan peluang pekerjaan lebih banyak dalam bidang saintifik dan teknikal.  

5.0            Petikan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuota.

Fasal 153           Perezapan quota mengenai perkhidmatan, permit dsb., untuk orang Melayu.

Perkara 1:

Adalah menjadi tanggungjawab Yang DiPertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

Perkara 8A:

Walaupun apa pun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika dalam sesuatu Universiti, Maktab atau yayasan pelajaran lain yang memberi pelajaran selepas daripada Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat-tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab atas pengelolaan Universiti, Maktab atau yayasan pelajaran itu kepada calon-calon untuk sesuatu kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon-calon yang berkelayakan bagi tempat-tempat itu maka sahlah bagi Yang DiPertuan Agong menurut Perkara ini, memberi apa-apa arahan sebagaimana yang dikehendaki kepada pihak berkuasa bagi menentukan perezapan sesuatu kadar daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak mengikut sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang DiPertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sempurna.

Pelaksanaan meritokrasi dalam pengambilan calon ke IPTA tidak melanggar peruntukan dalam Perlembagaan malah peruntukan sedia ada juga tidak perlu dipinda atau ditambah. Amalan meritokrasi di negara lain masih mengekalkan kuota tertentu, malah meritokrasi di negara kita juga masih mengekalkan kuota Melayu/bumiputra.

6.0            Meritokrasi dan IPTA Malaysia.

Di negara kita sistem pengambilan ke universiti adalah berdasarkan oligarki. Oligarki bermaksud sesuatu sistem atau peraturan yang dilaksanakan berdasarkan parameter yang menetapkan untuk siapa, di mana, bila dan bagaimana. Oligarki boleh menjurus kepada penimbulan konsep nepotisme, rasisme dan kronisme.

Meritokrasi pula adalah konsep yang menolak kebanyakan parameter oligarki dan individu manusia dianggap sebagai mempunyai peluang sama asalkan kualiti dan prestasi mereka lebih baik daripada orang lain.

Amalan meritokrasi di kebanyakan negara maju dan barat lebih berkecenderungan mencampu-adukkan antara oligarki dan meritokrasi. Malah oligarki adalah perlu dalam mengekalkan kestabilan negara dan meritokrasi pula menjadi alat sokongan utama kepada oligarki dan mengurangkan sindrom keselesaan (comfortability syndrome) yang sering berlaku di kalangan penduduk peribumi sesebuah negara.

7.0            Meritokrasi boleh atasi Performans Melayu.

Cadangan pelaksanaan meritokrasi di IPTA akan turut mengubah keseluruhan sistem pendidikan negara khasnya yang berkaitan dengan perbandingan prestasi di antara kaum di negara ini. Prestasi akademik UPSR, PMR, SPM dan STPM di kalangan berbagai kaum adalah tidak seimbang. Melayu dan bumiputra lain masih terus ketinggalan kualitinya walau pun dari segi kuantitinya berlaku penambahan semenjak kemerdekaan (rujuk data-data statistik berkaitan prestasi). Globalisasi dan perubahan pandangan dunia kepada keilmuan dan pendidikan (K-economy dsb.) memerlukan manusia yang mempunyai kualiti akademik dan kemahiran yang tinggi. Sebenarnya meritokrasi IPTA bermaksud satu kajian semula dan pelan tindakan ke arah menyeimbangkan kedudukan Melayu/bumiputra dan bukan Melayu secara menyeluruh bermula dengan pendidikan itu sendiri.

8.0            Rumusan.

Meritokrasi telah pun diamalkan oleh semua orang semenjak dahulu hingga sekarang. Secara sedar atau pun tidak semua orang telah, sedang dan akan mengamalkan meritokrasi dalam kehidupan dan dalam banyak perkara ianya selaras dengan kehendak agama khasnya Islam itu sendiri (boleh rujuk Imam Ghazali: Bimbingan Mukminin tulisan Syaikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasami). Berkemungkinan isu ini agak kontroversial kerana istilah meritokrasi yang digunakan agak sensasi dan baru, seakan-akan menjurus ke arah kapitalisme dan Barat dan berbunyi sekular.

Pelaksanaan meritokrasi di IPTA adalah perlu kerana prestasi akademik graduan kita di tahap yang amat kritikal, dan meritokrasi adalah pemangkin dan pencetus kepada perubahan persepsi dan paradigma pemikiran warga negara ini khasnya Melayu dalam membuat muhasabah atau penilaian diri terhadap realiti yang sedia ada. 

We may make past editions of the newsletter available for download.